Wednesday, October 15, 2014

Friday, May 31, 2013

Sebagai seorang guru yang telah dilatih dengan peraturan dan etika perguruan, anda telah diminta oleh pihak pengurusan sekolah menyediakan satu laman web bertemakan Sayangilah Sekolah Kita untuk dipertandingan di peringkat daerah. Terang dan jelaskan bagaimana anda mengamalkan isu-isu perundangan, isu-isu media sosial, isu-isu etika dalam menyediakan laman web tersebut.


Isu-isu Perundangan
Semasa menyediakan laman web tersebut, saya akan mematuhi segala undang-undang dalam zaman digital, terutamanya undang-undang hak cipta. Semasa penyediaan kandungan laman web, saya akan mendapat kebenaran yang secukupnya daripada tuan punya karya bagi semua karya sastera, muzik, seni, video, atau rakaman bunyi yang saya gunakan dalam laman web tersebut.

Saya akan memastikan segala karya sastera, muzik, seni,video, dan rakaman bunyi yang saya gunakan dalam laman web saya dalam keadaan asalnya. Karya-karya tersebut tidak boleh dirosakkan, dicacatkan atau diubahsuaikan  tanpa persetujuan penciptanya.

Selain itu, saya tidak akan menggunakan karya orang lain tanpa mengenal pasti penciptanya. Penyampaian karya di bawah nama selain daripada nama pencipta karya itu juga harus dielakkan.

Isu-isu Media Sosial
Tujuan laman web ini disediakan adalah sebagai tapak komunikasi bagi warga-warga sekolah, termasuklah semua guru dan pelajar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik pengguna, terutamanya pelajar sekolah kita.

            Saya akan memilih Google sebagai tapak laman web saya. Pengguna-pengguna dapat akses kepada laman web ini dari Google. Saya akan mengelakkan penggunaan aplikasi media sosial Facebook dalam laman web saya walaupun ia merupakan laman media sosial yang paling digemari oleh generasi baru kini. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengawalseliaan. Ini dapat mengelakkan kelekaan media sosial pelajar yang mengganggu pembelajaran dan mengelakkan gejala-gejala negatif seperti membuli, menghina dan memperlekehkan seseorang di laman web sosial.

Isu-isu Etika
Dari segi isu etika, saya akan menitikberatkan polisi hak cipta dan mematuhi peraturan menggunakan bahan secara sah. Ini kerana penggunaan bahan yang mencabuli hak cipta boleh memberi kesan negatif kepada sekolah dan guru-guru lain.

            Ini termasuklah penggunaan perisian cetak rompak, muzik digital, photo, dan video. Kadang-kala guru bersalah menyalin perisian secara tidak sah kerana pembatasan budget dan harga perisian original yang mahal. Perkara ini perlu dielakkan kerana menyalin secara tidak sah dikatakan mencuri.

Semasa penyediaan isi  kandungan laman web, saya akan cuba memuat naik maklumat hasil kerja sendiri. Ini kerana penyalinan atau peniruan daripada hasil kerja orang lain yang disebarkan sebagai hak sendiri adalah tidak jujur.

Sekiranya terdapatnya kandungan isi, gambar,video klip,atau muzik hak cipta orang lain yang saya ingin muat naik, saya akan menulis rujukan dengan betul atau cuba membuat perolahan sendiri .